Tuesday 28 February 2017

Peranan Pelajar Dalam Memupuk Perpaduan Melalui Integrasi Budaya

Peranan Pelajar Dalam Memupuk Perpaduan Melalui Integrasi Budaya



Pengenalan






     Perpaduan dalam Islam bukan sekadar hubungan baik sesama Islam sahaja, malah merangkumi kepada kaum bukan islam jua. Sejarah di zaman Rasulullah S.A.W mencatatkan bahawa masyarakat yahudi dan kristian ketika itu hidup aman dan damai di Madinah Munawwarah, kerana hak mereka tidak dicerobohi oleh umat Islam. Kesan keadilan Islam inilah kelompok Islam yang awalnya minority menjadi majority apabila kaum bukan Islam beramai-beramai menganuti Islam kerana tertarik hati dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh umat Islam yang terserlah melalui akhlak dan perlakuan terpuji penganut-penganutnya.

KONSEP

Perpaduan: Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap   anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.
Integrasi: Satu proses untuk mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Integrasi budaya ialah suatu proses penyatuan antara dua unsur atau lebih yang mengakibatkan terciptanya suatu keinginan yang berjalan dengan baik dan benar. Lebih lanjut jika dimasukkan ke dalam kehidupan sosial, integrasi budaya dapat diartikan sebagai suatu proses mempertahankan kelangsungan hidup masyarakat sebagai sebuah sistem. 

Perpadauan sangat penting dalam sesebuah negara lebih-lebih lagi negara berbilang kaum. Hal ini demikian kerana perpaduan merupakan asas pembentukan sesebuah negara yang progresif dan maju. Pepatah ,melayu ada mengatakan bahawa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat. Pelajar merupakan seorang remaja. Remaja sebagai pewaris negara ini dan mereka memainkan peranan penting untuk memupuk semangat perpaduan. Mereka hendaklah memikul tanggungjawab besar.





     Bagi Malaysia, perpaduan menjadi keutamaan yang tinggi untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni yang mana dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum dan budaya serta agama. Kepentingan ini semakin terserlah apabila isu perkauman sering diperkatakan secara meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat. Perpaduan sesama masyarakat Islam dinyatakan secara jelas di dalam Al- Quran surah Al-Imran ayat 103 yang bermaksud “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah ( agama Islam ) dan janganlah kamu bercerai-berai”.




     Sebenarnya keutuhan perpaduan sesama masyarakat Islam tidak akan tercapai kecuali selepas terlaksana beberapa prinsip asas seperti tolong-menolong dalam menggalakkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dalam kontek ini, pelajar juga berperanan mewujudkan perpaduan dalam kalangan mereka. Boleh dimantapkan lagi dengan melalui aspek moral yang baik, berakhlak mulia seperti saling menyayangi dan bersikap toleransi. Apabila berlaku sesuatu perbalahan antara kaum, pihak bertanggungjawab terutamanya kerajaan mestilah mengambil langkah  yang sewajarnya agar bibit-bibit persengketaan dapat dibendung dengan segera.


Bagaimana Pelajar Memainkan Peranan Dalam Memupuk Perpaduan Melalui Integrasi Budaya.





 Peranan pertama yang perlu dipegang sebagai seorang pelajar seterusya sebagai seorang remaja ialah mereka sendiri menjadi suri teladan kepada rakan-rakan sebaya.Dalam hubungan ini, setiap remaja mestilah mengamalkan dan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakan sebaya.Mereka mesti menunjukkan sikap saling menghormati rakan-rakan yang berbeza latar belakang budaya dan agama.



Contohnya, remaja perlu menghormati amalan dan anutan agama rakan-rakan. Di samping itu mereka perlu mengelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang sensitif dan dapat menaikkan kemarahan rakan-rakan dari bangsa dan agama yang lain. Setiap perselisihan pendapat hendaklah diatasi secara bijaksana dan berhemah, bak kata pepatah seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak.Oleh yang demikian, remaja perlu menjadi suri teladan untuk memupuk semangat perpaduan.

1)Mengambil iktibar daripada sejarah

            Selain itu, sebagai seorang pelajar dan remaja juga hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara.Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan.



Sebagai contoh, tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama. Oleh itu, remaja hari ini hendaklah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia. Jadi remaja mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semagat perpaduan yang jitu.

2)Mengasimilasikan budaya


Peranan yang berikutnya ialah sebagai seorang pelajar dan juga remaja mestilah mengasimilasikan budaya pelbagai kaum dalam kehidupan seharian.Malaysia sangat unik kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya, Kaum Melayu, Cina dan India merupakan tiga kaum yang dominan di negara ini. Selain itu, rakyat negara ini juga terdiri daripada etnik peribumi yang tidak kurang pentingnya seperti Iban, Kadazan, Dusun, Orang Asli, Pernan dan termasuk juga golongan minoriti seperti Portugis, Siam dan seumpamanya.




 Mereka juga mestilah sanggup untuk menerima dan mengamalkan budaya yang sesuai dengan kehidupan.Misalnya daripada perayaan, rakyat Malaysia meraikan pelbagai kaum yang tersendiri.Untuk merasai kemeriahannya, remaja mestilah turut merayakan perayaan-perayaan yang disambut oleh rakan mereka dengan hati yang ikhlas, bak kata pepatah masuk ladang kambing mengembek, masuk ladang kerbau menguak.Jelaslah, asimilasi budaya dapat mewujudkan semangat perpaduan yang ampuh dalam kalangan remaja di negara ini.

3)Menjauhi sikap etnosentrisme


                  Selanjutnya, sebagai seorang remaja dan pelajar juga hendaklah mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme.Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri. Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lagi di negara ini.



Remaja perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah pembentukan sebuah negara yang progresif.Mereka juga perlu menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka.Contohnya, remaja tidak harus menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan.Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Jika semangat ini dapat diamalkan oleh semua remaja dan juga pelajar, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh.
Golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.
Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka.

4)Berkomunikasi



               Pelajar juga digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.

              Walaubagaimanapun, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum.Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini,  hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksankan projek-projek .

Kesimpulan


 
Dasar dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan pembagunan sesebuah negara. Sebagai rakyat Malaysia yang telah merasai keamanan selama ini, ita harus bersyukur dengan kenikmatan yang dikecapi. Wawasan 2020 sudah semakin hampir, kesilapan oleh generasi yang terdahulu perulah dielakkan.

nama ahli 
MUHAMMAD SHAFIQ BIN HASHIM            02ESB14F2014
MUHAMAD AZIM HAKIMI BIN CHE SEMAN 02CSB14F2006
NUR FAEZAH BINTI MD ISA                     02DSB14F2011
 ASHRUL ALIMI BIN CHE MUSA                02ESB14F2012
HAIZA SYUHADAH BINTI JAAFAR             02DSB14F2039

2 comments:

  1. Casino, Slots and Gaming in Harrah's Resort, NV - Mapyro
    Information, 구미 출장샵 hours, contact details, and map 속초 출장마사지 of Casino, Slots and Gaming, 의왕 출장안마 777 Harrah's Rincon Way in 익산 출장샵 Valley Center, CA. 용인 출장마사지

    ReplyDelete